003:- Diari Cikgu: Apa Nak Jadi?
Semalam, aku pergi tempat kerja lama, di Tadika S, tempat aku mengajar part-time mengaji Quran & Qiraati. Kesnya, masa aku berhenti tu, lepas musim ujian kononnya. Tapi Ex-Bos aku ni, tak bagi guidelines apa-apa pun pasal ujian tu. Dia cuma kata, awak buat la macam mana pun, yang penting saya nak tengok keputusan. Kami (aku dan dua orang lagi guru mengaji malam) pening, nak buat soalan macam mana? Assesment macam mana? Sebab kami memang tak sempat pun kadang-kadang mengajar Fardhu Ain mengikut tajuk yang diberi. Masa sangat padat. Satu kelas tu 20+ pelajar. Nak kena tasmi' sorang-sorang. Tak sempat! Lepastu malam ni dia ada dua waktu rehat, iaitu waktu Solat Maghrib dan Isyak, dan kami sebagai guru pun kena juga solat Maghrib. Kadang bila sempat mengajar la juga. Bila tak ramai yang hadir kelas. Jadi aku pun putuskan buat soalan sendiri. Rukun solat, Iman, Islam.. tulis semula surah-surah.. Yang ringkas-ringkas la. Jadi, aku buat ujian 2 muka...