002:- Movie Review: SELAM

Minggu lepas, aku ada menonton satu filem Turki yang bertajuk 'SELAM' di Youtube.

Ini adalah sinopsis dan poster dia yang telah di Google.


This epic story is based on true events that has been in progress for more than 20 years in which a number of young people in love of peace and humanity leave their countries to teach, help and live in countries they have never heard of before. This is the story of people who live for their ideals and other people before themselves, and who leave their families, loves, friends, countries behind. They set on this path just with the inspiration of the words which said "A couple of eyes are waiting for you here, but thousands of eyes are waiting in faraway lands." They had sacrifice and kindness in their bags, love in their hearts and a smiling Selam (greetings) in their tongues. This is indeed just three examples of the unbelievable real stories experienced by the devoted teachers all around the world.

 Secara ringkasnya, filem ini mengisahkan tentang tiga orang guru berbangsa Turki yang menjadi tenaga pengajar di tiga buah negara yang berbeza.

Filem ini mempunyai tiga karekter utama, Zehra (perempuan cantik bertudung biru di dalam poster), Harun (lelaki yang di tengah) dan Adem (lelaki yang di bawah sekali, dengan budak berbaju kuning). Kalau tengok poster ni sahaja, kita sebagai orang Melayu Malaysia yang terkenal dengan drama pukul tujuh akan terus memukul rata,

'Alah, kisah cinta tiga segi je ni!'

Wow! Memang tak lah. Ini filem Turki, bukan drama Melayu ya adik kakak!

Masa aku jumpa filem ni secara random  di Youtube, aku tidak meng'google' mahupun mengetahui tentang jalan ceritanya. Aku tengok je. dari awal sampai akhir. 

( Review aku mempunyai spoiler, kalau tak mahu tahu, skip dulu part ni okay? 

Cerita ini di buka di suatu tempat di Afrika, di mana, tiba-tiba ada budak perempuan sakit akibat jatuh, jadi mak bapak dia putuskan untuk hantar budak tu ke 'Rumah Sakit Orang Putih' (masa part ni aku duk berfikir, kita duk di zaman Apartheid lagi ke?).

Maka, mak ayah budak perempuan tu, dan abangnya pun, macam orang histeria, berlari-lari di tengah padang pasir untuk menahan kenderaan sebab rumah sakit tu jauh lagi. Malangnya, kenderaan orang putih yang lalu tidak mahu berhenti, maka meninggallah budak perempuan tu. Abang dia macam kecewa gila (masa part ni aku ingat kita akan ke 10-20 tahun kemudian masa budak lelaki ni besar. tapi aku salah.) Budak lelaki tu nama Khadim, adik dia tu nama Aya, ayah dia nama Musa. Nama mak si Khadim tidak disebut atau aku lupa.

Scene seterusnya, tiba-tiba kita berada di lapangan terbang Turki dengan si Zehra(aku terpegun tengok Zehra, cantik woo mata dia) dan Harun. Pen Zehra patah, Harun bagi pen dia dan mereka berpisah dengan berat hati sebab pengumuman duk sebut nama Encik Harun Aydan untuk check in. Ada juga scene Harun bercakap dengan mak dia, pasal ayah dia tak merestui dia ke Afrika dan seorang lelaki lain cuba kejar dan pujuk Zehra jangan ke Afghanistan.

Kemudian dia tunjuk Adem. bercakap dengan mak dia dan isteri dia yang sarat mengandung, Maltem kot nama dia? Adem duk berjanji,
"Ya, aku akan pulang, saat Gul, anak kita ini lahir."

Lalu berangkatlah tiga orang ni, Zehra si cantik ke Afghanistan, Adem ke Bosnia dan Harun, di Senegal, Afrika.
"Kamu tahu apa itu SELAM? Di negara kami, apabila kami bertemu seseorang, kami akan mengucapkan SELAM dan melakukan gerakan ini,"
Sambil Adem tunjuk gerakan menyentuh kepala, mulut dan kaki.
"Kami mengucap Selam yang bererti aman sambil melakukan ini untuk menunjukkan bahawa kami bersalam dengan kamu melalui hati, mulut dan fikiran kami."
Lebih kurang macam tu la ucapan Adem dan Zehra kepada anak murid mereka..

Filem ni best. Boleh aku bagi rating 8/10..
Kanapa 8 je? Sebab ada scene dia aku tak suka. Tak cantik, haha..

But highly recommanded bagi guru yang mencari semangat macam aku ni.

Next Movie to review? Aisyah Filem Indonesia tu, Inshaa ALLAH..

Comments

Popular Posts