001 :- Mata Hati CikQ
Puan Kaunselor di universiti aku dulu, sebelum aku berhenti dan aku perlu berjumpa dengan dia berkata padaku,
Ini adalah platfom aku untuk meluahkan segalanya.
Sebagai Anonymous.
Oklah, not exactly Anonymous, sebagai Che' Que aka CikQ.
"Cuba awak menulis. Tulis diari, catatan. Saya rasa awak boleh menjadi seorang penulis,'
Hey, aku cuba. Aku pernah menulis cerpen, cuba menulis novel (tapi belum ada ending), dan aku memang pernah menulis blog sejak berusia 18 tahun. Kemudian aku berhenti, kerana masa tu aku masuk Matrikulasi, di mana aku tidak punya PC mahupun unlimited internet acces seperti di rumah.
Kemudian aku cuba sambung di zaman Universiti, selama hampir 3 tahun aku di sana, boleh dibilang dengan jari, berapa kali aku update blog.
Aku masih menulis. Cuma bukan di blog. Twitter, Facebook, Instagram dan Wattpad adalah tempat aku melepaskan gian menulis.
Sekarang aku cuba lagi. umur semakin meningkat. Pengalaman semakin membukit. Maka gaya penulisan dan pemikiran aku pun dah berubah mengikut arus.
Kenapa memblog lagi? sedangkan aku tahu, mungkin tidak akan punya pembaca selebat di Facebook, Twitter, Instagram?
Entahlah. Bosan mungkin.
Kerana Media Sosial yang begitu luas itu, terlalu sesak dan menyesatkan terkadang bagi aku.
Sesak dengan komen, status dan kerenah manusia. Dan juga iklan.
Menyesatkan dengan pelbagai komen, info, pendapat yang bukannya berTuhan, tidak berfakta, lari dari kebenaran.
Dan dengan blog ni, aku nak mulakan azam baru,
"KURANGKAN BERCAKAP. BANYAKKAN MENULIS DAN MEMBACA."Positif, negatif pengalaman hidup aku, semua aku nak lempar di sini.
Ini adalah platfom aku untuk meluahkan segalanya.
Sebagai Anonymous.
Oklah, not exactly Anonymous, sebagai Che' Que aka CikQ.

Comments
Post a Comment