003:- Diari Cikgu: Apa Nak Jadi?
Semalam, aku pergi tempat kerja lama, di Tadika S, tempat aku mengajar part-time mengaji Quran & Qiraati. Kesnya, masa aku berhenti tu, lepas musim ujian kononnya. Tapi Ex-Bos aku ni, tak bagi guidelines apa-apa pun pasal ujian tu. Dia cuma kata, awak buat la macam mana pun, yang penting saya nak tengok keputusan.
Kami (aku dan dua orang lagi guru mengaji malam) pening, nak buat soalan macam mana? Assesment macam mana? Sebab kami memang tak sempat pun kadang-kadang mengajar Fardhu Ain mengikut tajuk yang diberi. Masa sangat padat. Satu kelas tu 20+ pelajar. Nak kena tasmi' sorang-sorang. Tak sempat!
Lepastu malam ni dia ada dua waktu rehat, iaitu waktu Solat Maghrib dan Isyak, dan kami sebagai guru pun kena juga solat Maghrib. Kadang bila sempat mengajar la juga. Bila tak ramai yang hadir kelas.
Jadi aku pun putuskan buat soalan sendiri. Rukun solat, Iman, Islam.. tulis semula surah-surah..
Yang ringkas-ringkas la. Jadi, aku buat ujian 2 muka surat tu bulan Mei. Aku cuma dapat buku rekod untuk diisi prestasi pelajar pada bulan Julai!
Terkejut beruk aku bila ada ruangan Sirah, Tauhid, Bahasa Arab dan lain-lain. Aku dah macam, 'Wei! Mana ada aku buat soalan merangkumi semua ni." Kalau bagi buku rekod, atau apa-apa guidelines yang perlu dinilai untuk peperiksaan lain la. Pening tau. Aku ambil masa berminggu-minggu nak fikir. Lepastu aku lupa. Sebab aku juga sibuk buat kelas mengaji secara private, aku sampai rumah pukul 7 petang tau kadang- kadang.
Hari tu aku free sikit, jadi aku singgah kejap. Ingat nak drop buku rekod tu dan cakap aku tak boleh isi. Aku tak buat semua ujian tu. Nak berterus terang la ni.
Masa aku pergi tu, tiada orang. Ada seorang pelajar je kat luar. Lepastu Ustaz sampai. Aku cakap la aku tak boleh isi. Ustaz suruh aku tunggu Umi. Dia nak suruh Umi terangkan dan aku isi juga. Sepanjang 20 minit aku kat situ, stress aku tengok Ustaz marah kat Umi siap cakap bengong lagi. 6.30 aku minta izin balik, aku kata sebab nak teman mak ke kebun.
Nasib baik Ustaz bagi balik. sampai rumah, aku rasa aura negatif ustaz sampai kat aku sampai aku sakit kepala. Aku ni orang cakap kasar dan sebut 'bengong','ba**' tak boleh terima mana. Terasa sangat. Biarla tak tuju kat aku pun.
Memang aku tak sangka seorang Ustaz boleh berbahasa kasar macam tu. Ia buat aku reflek diri sendiri. Jauhkanlah aku Ya Allah, dari perangai buruk, yang boleh menjatuhkan martabat wanita yang berpakaian seperti aku dan individu-individu yang mengajar Al-Quran. Aku nak cuba, walaupun berpura-pura, berakhlak dengan Al-Quran.
Aku jauh lagi nak sempurna. Mungkin aku lebih teruk dari dia. Aku tulis peristiwa ni sebagai peringatan untuk diri sendiri supaya jadi lebih baik setiap hari. Dan supaya aku bersyukur,

Comments
Post a Comment